BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, June 28, 2011

hidup

Ya Allah masa pantas berlalu,kesilapan demi kesilapan berlaku dalam hidup aku.Setahun telah berlalu!!Banyak betul dugaan yang aku lalui.Masa mengajar aku erti kehidupan.Kehidupan penuh dengan kepuraan,kepuraan telah melalaikan aku dari banyak keaadaan.Aku selalu lupa kepada Yang Maha Pencipta.


Aku tidak tahu nak berkata-kata bila diri ini sering memikirkan kehidupan yang tiada penghujung.Betulkah laluanku!,betulkah keputusan aku!,betulkah cara hidup aku!! walaupun aku tahu kekadang ia menyalahkan hukum Allah.Aku telah cuba menahannya tapi aku lemah,seorang insan yang lemah dari segala-galanya.Aku betul-betul takut jika hidup aku ditakdirkan untuk hidup hari ini sahaja!Adakah Allah akan menerima taubat aku?Sebab dosa aku terlalu besar,Dosa yang sering aku lakukan mengikut nafsu.

"Ya Allah berikan aku pertunjuk dan hidayah MU,semoga aku tidak melakukan kesalahan yang berulang ulang dan Engkau hidari aku dari sebarang kejahatan"

Aku terfikir sampai bila aku akan hidup macam ini.Aku perlu lakukan perubahan dalam hidup ini.Terus terang aku cakap,Aku sangat sayangkan keluarga dan sahabat-sahabat aku.Aku tidak mahu orang yang aku sayang tahu kehidupan yang sebenar.Jika mereka tahu tentu meraka akan bersedih.Aku mahu berubah,berubah daripada kehidupan yang gelap.Aku tidak mahu lalai lagi dan leka dengan keseronokan yang sementara ini.Aku mohon kalian yang berada di samping aku membantu aku.

Hati aku selalu dihimpit keresahan,kehidupan aku ini diluar nampak tenang tetapi orang tidak tahu apa yang ada yang ada didalamnya.Orang boleh nampak aku tersenyum tapi mereka tidak tahu dari sebalik senyum itu adalah kedukaan.Jika aku tiada,aku berharap semua memaafkan aku.Bila hati aku akan kembali tenang dan semua dugaan ini akan berakhir!!




Aku berharap aku akan menemukan kebahagian yang abadi dan aku harap Allah S.W.T memberi aku hidayah.



Tuesday, May 31, 2011

Hidup!!


Hati aku sangat tersentuh,Tak taulah kenapa?Mungkin aku tak layak menyayangi sesiapa pon.Bila aku bangun dari tidur,aku akan memikir apa yang akan berlaku pada diri aku pada hari ini.Entah??Banyak persoalan yang bermain difikiran aku ini.Aku bukan nak tulis cerita yang jiwang atau benda yang sedih.Diluar aku nampak gembira tapi didalam hati aku cuma Tuhan saja yang tahu,Sedih dan pilu saja yang aku dapat ungkapkan.Ia dah sebati dengan kehidupan aku.Apalah salah aku.Kehidupan ini bermakna jika kita disayangi dan menyayangi.Semua orang berharap diri itu disayangi.Sayang ini mudah dilafas tapi ia susah dilaksanakan.Betul tak?

Maaf ya?aku tidak tahu hendak cakap apa.Bila dikenang balik,mungkin aku perlu hidup seorang diri barulah aku tidak fikir sesiapa,Aku perlu cari kehidupan aku sendiri.Orang boleh cakap SAYANG!! tapi Bolehkah perkataan itu kekal buat selamanya.kadang sayang itu cuma boleh diungkapkan dari mulut,bukan dari hati.

Kenapa kita tidak hargai orang yang menyayangi,perluka
h kita mencari sebab untuk menjauhkan diri.Aku pun tidak tahu apalah salah aku.kekadang kita yang cari masalah bukan masalah yang datang sendiri.Betul tak?Aku dah blur nak memikirkan,bila difikirkan ia akan merosakan diri saja.Aku senang menyayangi dan mempercayai orang tapi bila aku dah tak suka mungkin kenangan aku lalui aku akan ingat dalam ingatan aku sampai bila-bila.
Perkataan "SAYANG" itu adalah keramat bagi aku,ia boleh menjadi racun ia juga boleh jadi penawar.

Thursday, May 26, 2011

dilema


Dugaan dunia.Setiap kegembiraan selalu akan datang kesedihan...Entah kenapa?kekadang aku redha, aku tahu Allah selalu menguji hambaNya.Aku selalu lupa dan lalai dengan nikmat yang diberikan kepada aku.Bila aku mula hidup dengan gembira akan datang kepadaku kesedihan dan kedukaan.Dimana salah aku.


Sekarang hati aku selalu berada dalam keadaan yang sedih,eeeeermmmm entahlah,Dimanakah aku perlu mencari kegembiraan.Aku buntu mencari jalan untuk menyinari jalan hidup ku ini.Apa yang aku buat semua nya salah dan aku selalu berada didalam dilema.Bolehkah aku berjalan didalam gelap tanpa cahaya yang menyinarinya.Apa yang harus aku lakukan?Aku susah untuk berkawan tapi aku senang untuk menyayangi dan susah untuk membenci orang tetapi mudah orang membenci aku.Itulah seorang insan yang bernama POJIE.

Aku dah tidak tahu jalan mana yang harus aku lalui.Setakat hari nie,ma gembira tetapi sekarang rupa2 bukan kegembiraan yang hadir.Rupanya kedukaan yang hadir.Haaaaaaaaa...Aku sekarang dilema untuk berkawan dan terus berkawan.Hati aku risau dan akan terus risau untuk berkawan,entahlah bila ia akan berakhir.Sedih dan pilu bila mengenang nasib diri yang sedih!!Bila semua ini akan berakhir!!!!!


Monday, April 18, 2011

SABAH



















Baru sampai KLIA hehehe....




















Selamat sampai di Sabah...,



















Nak pergi pulau di Borneo,Sabah...



















Di pulau sapi,Sabah...




















Berenang di pulau sapi hehehehe



















Pergi ke pulau manokan pulak
hehehehe.....



















Berenang pulak kat pulau manokan....



















menyelam pulak di pulau monakan hehehehe



















Dipulau terakhir tapi lupa nama plak hehehehe



















memang bersantai huhuhu


















SELAMAT TINGGAL SABAH.....ADA MASA KITA BERJUMPA LAGI








1 Asian Pencak Silat,Singapore 2011

Assalamualaikum semua,saya nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang menyokong saya dalam semua bidang saya ceburi.Di Kejohanan silat yang baru berlangsung di Singapore ini,telah mengajar saya erti pejuang yang sebenar dan jika kita melangkah kita tidak boleh melangkah ke belakang lagi.Biar kita terus melangkah hingga kita berjaya.Hidup ini perlukan pengorbanan jika hendak berjaya tapi pengorbanan itu kena la betul-betul ikhlas jangan mengharapkan pujian semata-mata sahaja.Kerana pujian itu akan merosakan kita.lagi bagus di kriktik barulah kita akan sedar apa kelemahan kita.


Di kejohanan silat ini juga mengajar erti kesabaran yang teramat,ini kali pertama saya punya kesabaran tidak boleh dikawal kerana sikap pengadilan.Saya tidak menyangka saya akan bertindak diluar batas.Saya tidak boleh memikir dan kesabaran saya macam di cabar.Lepas pelawanan berlangsung saya duduk seorang diri mengenang nasib saya.Kenapa saya boleh bertindak diluar batasan.Menyesal pun ada hehe tapi benda dah lepas malas nak dikenang.



















Kejohanan 1 Asian pencak silat Singapore 2011



















SEKALI JUARA SELAMANYA JUARA!!!!



















Terima Kasih kawan-kawan,Semoga kita semua akan berjaya di kejohanan akan datang.......amin


Wednesday, April 13, 2011

singapore

Berada di Singapore selepas Kota kinabalu,Sabah untuk mengadapi kejohan silat Jemputan Singapore.Ini kali pertama pertama pada tahun 2011 ini,aku berharap permulaan pada tahun ini lebih baik.Pada mulanya aku keberatan untuk menyertai pertandingan silat ini tapi hendak buat mana ini adalah amanah yang aku tanggung.Lagi satu sebab kerana aku tidak melakukan latihan kerana itu aku takut nak menyertai pertandingan ini.3 bulan berhenti tanpa latihan.tapi disuruh bermain.


Aku berharap dapat menempuhi dengan jaya.Aku berharap kekawan dan ahli keluarga mendoakan aku dan pasukan silat Malaysia mendapat kejayaan di kejohanan silat di Singapore ini.Semoga dipermudahakan segalanya Amin..

Saturday, April 9, 2011

KK

Hari ini adalah hari pertama aku di Kota Kinabalu.Hari pertama di sini memang best sebab udaranya segar.Memang best tidak macam di kuala Lumpur,Tempat yang sesak dengan pelbagai orang.Sini jam 6 macam kul 8.Tapi bagi aku biasa saja kerana hati aku ini memikirkan pertandingan di Singapore.Aku tidak bersedia untuk mengadapai kejohanan itu sebab belum bersedia lg.Dan aku ini memikirkan seseorang salahkah aku berdiam macam ini?


Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku.Tapi aku harap dia faham dengan keadaan aku.Mungkin disini aku akan melupakan segalanya.Aku nak rehatkan kepala ak ini.Dan tidak memikirkan apa-apa dah.Yang penting semua orang bahagia.Aku pohon maaf jika aku bersalah.Aku memang sunyi,percutian aku kali ini tidak happy.Macam aku berct dengan Mu.Ikhlas aku cakap engkau selalu dihati aku.