BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 28, 2011

hidup

Ya Allah masa pantas berlalu,kesilapan demi kesilapan berlaku dalam hidup aku.Setahun telah berlalu!!Banyak betul dugaan yang aku lalui.Masa mengajar aku erti kehidupan.Kehidupan penuh dengan kepuraan,kepuraan telah melalaikan aku dari banyak keaadaan.Aku selalu lupa kepada Yang Maha Pencipta.


Aku tidak tahu nak berkata-kata bila diri ini sering memikirkan kehidupan yang tiada penghujung.Betulkah laluanku!,betulkah keputusan aku!,betulkah cara hidup aku!! walaupun aku tahu kekadang ia menyalahkan hukum Allah.Aku telah cuba menahannya tapi aku lemah,seorang insan yang lemah dari segala-galanya.Aku betul-betul takut jika hidup aku ditakdirkan untuk hidup hari ini sahaja!Adakah Allah akan menerima taubat aku?Sebab dosa aku terlalu besar,Dosa yang sering aku lakukan mengikut nafsu.

"Ya Allah berikan aku pertunjuk dan hidayah MU,semoga aku tidak melakukan kesalahan yang berulang ulang dan Engkau hidari aku dari sebarang kejahatan"

Aku terfikir sampai bila aku akan hidup macam ini.Aku perlu lakukan perubahan dalam hidup ini.Terus terang aku cakap,Aku sangat sayangkan keluarga dan sahabat-sahabat aku.Aku tidak mahu orang yang aku sayang tahu kehidupan yang sebenar.Jika mereka tahu tentu meraka akan bersedih.Aku mahu berubah,berubah daripada kehidupan yang gelap.Aku tidak mahu lalai lagi dan leka dengan keseronokan yang sementara ini.Aku mohon kalian yang berada di samping aku membantu aku.

Hati aku selalu dihimpit keresahan,kehidupan aku ini diluar nampak tenang tetapi orang tidak tahu apa yang ada yang ada didalamnya.Orang boleh nampak aku tersenyum tapi mereka tidak tahu dari sebalik senyum itu adalah kedukaan.Jika aku tiada,aku berharap semua memaafkan aku.Bila hati aku akan kembali tenang dan semua dugaan ini akan berakhir!!




Aku berharap aku akan menemukan kebahagian yang abadi dan aku harap Allah S.W.T memberi aku hidayah.