BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 6, 2011

hidupku

Dulu aku tidak tahu istilah kehidupan.Aku tidak penah memikir pasal kehidupan yang aku akan lalui sekarang ini.dulu hati aku tidak penah memikir sesiapa pon.mungkin masa itu umur aku baru berusia belasan tahun.Dulu aku tak pandai apa-apa pasal berkawan dan pergaulan.

Macam mana aku hendak mulakan kisah hidup aku ini.Aku adalah Seorang budak kampung yang merantau jauh untuk mencari rezeki ,rezeki untuk menampung keluarga aku yang kurang senang.Pada umur aku 19 tahun selepas aku menyertai sukan malaysia.Aku dapat panggilan untuk menyertai unit berunifrom di Negeri sembilan.Pada masa itu aku hati aku sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki kepada aku.Disitu aku telah berjanji akan membantu keluarga aku walaupun pendapatan aku kecil saja.

Pada setahun selepas aku menyertai unit berunifrom,kehidupan aku telah berubah sedikit demi sedikit.Alhamdulillah rezeki aku semakin hari telah bertambah dengan aku diberi peluang untuk mewakili negara.Disini aku telah belajar banyak perkara yang erti katanya erti sebuah kehidupan,persahabatan dan pergaulan.Pada umur aku masih muda aku tidak penah memikir masa depan sangat.Masa depan yang aku cakap ini adalah aku selalu mehabiskan duit aku entah kemana.Sampai aku tidak melakukan simpanan.Sekarang ini baru aku memikir kenapa dulu aku tidak memikirkan semua ini.

Pada umur aku masuk 23 tahun,aku telah memasuki dunia gelap.Pada mulanya aku cuma mahu kenal dunia itu sahaja tapi aku silap,aku betul-betul melakukan kesilapan yang sangat besar.Disini aku hendak memberitahu,dunia yang aku lalui ini cuma gembira sekejap sahaja.Bila aku mula bergaul,aku rasa seronok sebab aku boleh mengenal apa itu perasaan dan macam mana kerenah manusia.Keranah manusia ini berbagai dan disini aku dapat menilai ada manusia yang berkawan dengan kejujuran dan golongan mausia ini berkawan kerana ini mendapatkan kepuasan dunia semata-mata.Mintak maaf la aku cakap macam ini.Aku cakap dari segi pengalaman aku.

Aku mula berkenalan dengan golongan manusia ini dari kecanggihan dunia IT sekarang ini.Aku telah berdaftaran didalam salah satu laman sosial.Aku bukan hendak menyalahkan sesiapa dalam hal ini.Aku hendak memberitahu pengalaman aku mungkin ini akan menjadi taulan kepada sesiapa saja yang membaca tentang kehidupan aku ini.

Selama setahun lebih aku berada dalam keadaaan yang terlalu hina.Aku telah melakukan kesalahan yang salah dari Hukum Allah.Aku sangat takut.Aku takut adakah dosa aku akan diampunkan oleh Allah S.W.T.Aku telah melakukan kesalahan yang mungkin orang tahu.Mungkin keluarga aku atau sahabat-sahabat aku,aku tidakk tahu nak cakap apa.Mungkin aku akan di hina dan di kutuk untuk seumur hidup aku.Aku lalai,aku leka kehidupan aku ini berpandu nafsu semata-mata.Aku tidak berdaya lagi dari seorang kampung kepada seorang yang lupakan segalanya.Terus terang aku cakap kehidupan aku sekarang berada dalam keadaan yang tidak tenteram dan tidak tenang.fikiran aku sengat bercelaru sangat.

Mungkin di sebabkan ada beberapa perkara yang bermain difikiran aku sekarang ini.aku selalu dikerumuni berbagai masalah yang sangat berat.Dugaan aku semakin hari semakin berat.Tidak tahulah aku dapat menempuhinya atau tidak.Aku macam sudah tidak berdaya lagi.Aku sudah jadi seorang yang sangat lemah.aku bukan hendak berputus asa tapi aku akan cuba ambil dugaan yang aku tempuhi ini sebagai satu cabaran aku untuk berjaya dan tenang.Dari dunia yang biasa aku telah berubah ke dunia yang fantasi.

Aku sekarang memikirkan nasib aku yang seterusnya bolehkah aku hidup dengan keadaan yang sangat tenang.Bolehkan aku berubah dari segala-galanya.Dan bolehkah aku kembali kuat untuk menjalani kehidupan aku seperti biasa.Aku lupa kepada Allah dan Aku selalu lupa tanggungjawab aku sebagai seorang muslim.Orang selalu cakap aku ini cakap sahaja pandai tapi aku seiring perbuatan apa yang aku cakap.Bolehkan dosa aku diampunkan!!!


Ya Allah Ya Tuhanku ampunkanlah dosa-dosa hambaMu ini.Ya Allah kepada Mulah aku memohon agar Engkau tunjukkan aku kejalan keredhaMu dan jalan kebenaranMu.Jangan Kau pesong imanku jauh dari hukumMu ya Allah.Aku memohon Engkau
berikan aku ketenangan dan jalan keluar dari masalah yang aku lalui ini Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.Amin Ya robalalamin!!!




0 comments: