BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 20, 2011

DIMANA!!!

SELEPAS KEJOHANAN DI KUALA LUMPUR BARU-BAR INI TELAH MENGAJAR AKU BANYAK PERKARA.Aku TIDAK BOLEH LEKA LAGI,AKU SELALU MEMIKIRKAN PERKARA YANG NEGETIF SAJA.AKU PUN TELAH MELAKUKAN BANYAK KESALAHAN.KESALAHAN AKU SELAMA INI MENGHANTUI SETIAP MASA.

AKU PUN TIDAK TAHU BAGAIMANA AKU HENDAK MENCARI JALAN UNTUK AKU MELANGKAH KEMBALI KE LANDASAN YANG SEBENAR.KEKADANG AKU TERFIKIR JUGA KENAPA AKU HARUS MEMIKIRKAN PERKARA YANG TIDAK SEPATUTNYA AKU FIKIRKAN.KENAPA AKU MEMIKIRKAN MASALAH ORANG SEDANGKAN IA AKAN MEROSAKAN KEHIDUPAN AKU BANYAK ORANG CAKAP “KITA TIDAK BOLEH LARI DARI MASALAH,JAUH KITA LARI LAGI BANYAK MASALAH YANG DATANG”.JADI KITA JANGAN TAKUT MENHADAPINYA.TERUSKAN KEHIDUPAN INI ANGGAP SEBAGAI SATU CABARAN DAN SATU JAMBATAN KITA UNTUK MELANGKAH UNTUK MENGECAPI KEBAHAGIAN HIDUP.

SEKARANG AKU PERLU KELUAR DARI MASALAH INI.BAGAIMANA AKU HENDAK MENCARI KETENANGAN DALAM HIDUP AKU.AKU SEKARANG MACAM HIDUP DALAM TEKANAN.AKU PUN DAH BERJANJI AKAN MENCARI JAWAPAN DARI SEGALA MASALAH YANG MELANDA KAU SEKARANG INI.IKHLAS AKU CAKAP AKU RASA SEKARANG INI MACAM HENDAK HIDUP SEORANG DIRI.AKU RASA HIDUP SEORANG DIRI INI MUNGKIN AKAN MEMBERI KETENANGAN DALAM DIRI AKU.

AKU MEMPUNYAI SIFAT BERDIAM DIRI,MUNGKIN DENGAN SIFAT BERDIAM DIAM DIRI,AKU SENTIASA PEDAMKAN MASALAH AKU WALAUPUN PEDIH BAGI AKU KALU PEDAMKAN MUNGKIN TIDAK AKAN MENYAKITI ORANG LAIN.TIDAK TAHU BETUL KE TAK?AKU PUN TIDAK TAHU MACAM MANA HENDAK BERITAHU BAGAIMANA DIRI AKU YANG SEBENARNYA.KEKADANG AKU SERING TERLUKA ,TERLUKA DENGAN SIKAP KELUARGA DAN SAHABAT AKU.AKU MASIH MANCARI DIMANAKAH KEHIDUPAN AKU YANG SEBENARNYA..

MUNGKIN AKU SERING MENYAKITI HATI ORANG AKU PUN TIDAK TAHU BETUL KE TAK,MUNGKIN JUGA AKU TIDAK PEDULI PERASAN ORANG LAIN.AKU CUMA PENTINGKAN DIRI AKU SAJA.AKU SUKA CAKAP LEPAS SAJA DENGAN ORANG LAIN.MUNGKIN ITULAH PUNCANYA AKU TIDAK TENANG.

SEKARANG AKU BERADA DI SEBUAH TEMPAT YANG ORANG LAIN TIDAK TAHU KEMANA.AKU HENDAK MENCARI KETENANGAN DAN JALAN UNTUK MENGATASI MASALAH AKU SEKARANG.BILA DI FIKIRKAN SEMULA SELAMA AKU 2 TAHUN BERGAUL DENGAN ORANG.AKU BANYAK MENGENALI BERBAGAI RAGAM MANUSIA.HIDUP INI PERLU BERFIKiRAN POSITIF.JIKA KITA BERFIKIRAN POSITIF KITA MUNGKIN TIDAK AKAN MEMIKIRKAN SANGAT MASALAH YANG KECIL-KECIL.BETUL TAK?

PERNAH ORANG CAKAP DEKAT AKU,KAMU ADALAH SEORANG BERJAYA!!!BETUL,ITU MUNGKIN DALAM KEHIDUPAN AKU SEBAGAI ATLET TAPI DALAM KEHIDUPAN AKU SEBAGAI SEORANG INSAN ADAKAH AKU BERJAYA.BAGI PENDAPAT AKU,AKU BELUM DIKATAKAN BERJAYA LAGI MUNGKIN DISEBABKAN BEBERAPA SEBAB YANG MENGHANTUI AKU SELAMA INI.AKU SEBENAR TIDAK BAHAGIA,AKU SEORANG TIDAK TENANG,AKU SEKARANG INI DIHANTUI RASA BERSALAH KEPADA KELUARGA DAN SAHABAT-SAHABAT AKU.

APA MAKNA KETENANGAN?JIKA HATI DAN OTAK AKU SELALU MEMIKIRKAN ORANG LAIN.JIKA DULU AKU HIDUP SEORANG DIRI TAPI SEKARANG INI AKU DIKELILINGI OLEH KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN.AKU DAH TIDAK TAHU HENDAK MEMIKIR MACAM MANA LAGI HENDAK MENGHILANGKAN SEMUA MASALAH INI.AKU SEKARANG DAH TIDAK TENTU ARAH UNTUK MENCARI JALAN.MUNGKIN AKU SEKARANG INI AKAN HIDUP SEBAGAI SEORANG YANG GAGAL?GAGAL DAN TERUS GAGAL!!

KEHIDUPAN AKU SEMAKIN LAMA SEMAKIN GELAP.AKU TAK TAHU DIMANA CAHAYA KEHIDUPAN AKU SEKARANG.AKU BUNTU.BILA DIFIKIRKAN SAMPAI BILA AKU JADI BEGINI.DIMANA KEKUATAN AKU SEKARANG INI!!!ADAKAH AKU SEKARANG MENUJU KEARAH KEGELAPAN HIDUP.

YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENEMPUH SEGALA DUGAAN INI!!!


Tuesday, July 12, 2011

FAuzi

Fauzi "SEKALI JUARA SELAMA-LAMANYA JUARA!!!".Jangan mudah berputus asa.Bangunlah semula.Ingat kenangan-kenangan kamu balik!!



Inilah fauzi semasa belum menjadi seorang juara.Fauzi cuma pesilat yang tiada nama dan mencari hala tuju dan mempunyai matlamat yang tersendiri.


Ingatlah dari mana semangat Fauzi datang.Bila dikejohanan yang Fauzi sertai bagaimana Fauzi boleh fokus dan tenang dalam semua hal!!!Dimanakah?



Dulu Fauzi seorang yang tidak mudah mengalah.Tapi sekarang dimana Sifat yang ada pada Fauzi
tu?



Dulu Fauzi seorang berpegang pada 3 perkara jika hendak berjaya iaitu Berusaha,Berdoa dan Bertawakal!tapi sekarang dimana semua itu Fauzi!!!



Fauzi bangun bangun,kamu jangan leka lagi,masa sudah tidak ada.Fauzi cari dimana silapnya.Dan apa yang berlaku adalah dugaan kamu sebagai seorang Juara!!!



Ingat kembali Fauzi!!zaman kegemilangan kamu sebagai seorang Juara!!!Dimana letak semangat dan tekad azam kamu itu,sampai kamu boleh menjadi seorang juara!!!Tapi dimana semua itu pergi?


Fauzi perlu ingat maksud disebalik nama kamu "KEJAYAANKU".Kamu sekarang perlu mencari semula apa kelebihan yang ada diri kamu itu sendiri.orang lain tidak boleh tolong,cuma diri sendiri yang boleh membantu kamu untuk berjaya.






Fauzi

"Dimana Fauzi berada sekarang!!!"
Ya Allah Ya Tuhanku,aku memohon keampunan kepadaMu,berikanlah aku kekuatan dan semangat untuk aku bangun semula dari tidur yang berpanjangan.Ya Allah sampai bila dugaan ini akan berakhir.Aku macam tidak kuat lagi untuk menempuhi segala dugaan yang Engkau berikan terhadap diriku ini.Aku macam sudah hilang semuanya,Dimanakah semangat dan kekuatan aku yang dulu?Dimana hilangnya semua itu?Ya Allah berikalah semula kekuatan yang ada pada aku dulu.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha kuasa!!amin ya robalamin.....

Fauzi renungkahlah "dimana Fauzi".

Dimana Fauzi yang dulu,dimanakah kata-kata yang selalu dilaungkan "SEKALI JUARA SELAMA-LAMANYA JUARA!!!".Dan ingat Fauzi apa makna nama engkau "KEJAYAANKU".Dimana hilangnya semua itu?Dimanakah semua itu pergi.Fauzi jangan disebabkan beberapa masalah engkau jadi tidak tentu arah.Fauzi tolong bangun semula.Tolong bangun dari kelekaan dan kelalaian engkau buat.Fauzi,Tolong buang masalah yang menghantui engkau selama ini.Fauzi engkau telah mengkecewakan banyak pihak.Fauzi engkau fikirlah semua dimana kesilapan yang engkau telah lakukan.Adakah engkau lupa pada Yang Maha Kuasa.Allah selalu bersama hambanya.Allah akan menguji hambanya dan Dia tahu sejauh mana kekuatan hambanya.Fauzi mesti adam hikmahnya disebalik semua dugaan yang engkau tempuhi sekarang.Fauzi Engkau adalah seorang juara jadi berfikir sebagai seorang juara!!yang tidak akan berputus asa.Fauzi Bangun!!!

Fauzi "kuatkan hati dan bangun semula".

Fauzi,Adakah engkau lalai melakukan tanggungjawab engkau sebagai seorang hamba.Fauzi engkau dah belajar bermacam-macam dugaan dan engkau pernah tempuhi banyak masalah.Engkau perlu fikir balik Fauzi,setiap masalah mesti ada jalan keluar.Engkau perlu mengkaji dimana silapnya.Kecewa sekali tidak bermakna kita kecewa selamanya!!

"Dimana Fauzi yang dulu!!!"

Fauzi,engkau kena ingat Sea Games dah tak lama lagi.Jika engkau bersikap macam ini,engkau akan kecundang.Fauzi engkau kena ingat,Engkau adalah harapan negara,keluarga dan kawan-kawan dan harapan berapa juta rakyat malaysia.Fauzi tolong bangun dari mimpi yang sia-sia ini.Fauzi engkau tanya balik kepada diri engkau?Dimana matlamat engkau sekarang?Adakah engkau hendak mencari keseronokan saja.Ataupun engkau ada matlamat engkau sendiri?Fauzi tolong kembali ke landasan sebenar,engkau mula-mula datang sebagai pesilat negara.Engkau berjanji hendak menjadi seperti idola-idola engkau,semangat mereka tidak pernah pudar untuk menaiki nama negara mereka.

"Sampai bila ia akan berakhir Fauzi,Dimana fauzi sekarang!!!".

Perjalanan hidup engkau masih panjang Fauzi.Fauzi bangunlah dan berjalan ke arah cahaya kejayaan yang engkau hendak kecapi dan teruskan perjalanan hidup engkau jangan engkau toleh kebelakang lagi.Jangan luntur semangat engkau Fauzi.Bangun semula dari kekecewaan dan kuatkan hati engkau untuk menempuhi dugaan.Ini baru sikit Allah menguji engkau.Cekalkan hati engkau,semoga ia mengajar engkau agar tidak berputus asa.Mungkin ini landasan engkau untukk berjaya.Fauzi seiring usaha engkau dengan doa dan beramallah kepada Yang Maha Kuasa!!!Semoga engkau dapat pertunjukan dan hidayah dari Allah S.W.T."DISEBALIK KESEDIHAN PASTI AKAN TIBA SAAT KEGEMBIRAAN".Harap dugaan yang engkau hadapi sekarang tidak menganggu prestasi engkau.

SEKALI JUARA SELAMA-LAMANYA JUARA!!!Semoga berjaya MOHD FAUZI KHALID.Bangun dan buat kebangkitan semula!!!!plz Fauzi

Thursday, July 7, 2011

Awak

Awak!! kenapa awak menangis!Awak!! kenapa awak tengah rungsing!Awak! kenapa awak bersedih! Awak tahukan jika awak sedih,saya pun sedih jugak walaupun kita berdua tak ada jodoh.Saya sayang awak!!Awak!Awak dah janji dengan sayakan awak akan senyum dan gembira.Saya berharap awak akan menjadi seorang yang kuat dan tabah.Awak saya tahu sekarang ini awak tengah kusut dan bersedih.


Saya tak mahu menganggu awak sebab saya takut kehadiran saya buat awak lagi bertambah sedih.Saya akan cuba sedaya saya buat awak gembira kembali.Walaupun saya tahu saya tidak berpeluang untuk buat awak gembira.Awak sudah berjauhan dengan saya.Awak tolong jangan menangis lagi!!!Saya tak mahu melihat air mata awak mengalir lagi.Awak tolong kuatkan hati awk itu.Saya pernah berkata dekat awak."DUGAAN AWAK BARU BERMULA!!!".walaupun awak penah melaluinya tetapi sekarang adalah dugaan yang paling berat dan mencabar bagi awak.

Ini permulaan baru untuk kehidupan awak.Sebab sekarang ini awak baru hendak melangkah ke kehidupan yang baru.Kehidupan yang akan awak lalui ini,memerlukan hati yang kuat dan tabah.Awak fikirkanlah kata-kata saya ini.Saya pun bukan baik sangat tapi awak fikirlah sampai bila awak akan bersedih dan awak akan makan hati dengan sikap dan tingkah laku kawan awak?Awak fikirlah sebaik mungkin,ramai yang menyayangi awak!dan ramai tidak mahu melihat awak bersedih terutama keluarga awak.Awak renungkanlah.

Awak,saya tahu awak seorang yang sangat setia tapi kesetiaan yang ada pada awak selalu dipermainkan.Dipermainkan dan dipermainkan.Saya betul sedih tengok keaadaan awak sekarang ini.Awak cakap dekat saya "suruh saya jaga diri "tapi sebelum awak berangkat pergi, jauh dari saya,keadaan awak tengah bersedih.Awak tolonglah jaga diri awak sebaik-baik mungkin k.Awak perlu melakukan perubahan dalam hidup.Sekarang ini awak perlu buang semua perkara tidak baik yang bermain di fikiran awak dan mulai hidup awak dengan lebih gembira lagi.

Saya mungkin sudah tidak berpeluang melihat dan bertemu dengan awak lagi.Saya cuma boleh melihat awak dari jauh saja.Saya hendak tengok awak gembira kembali.Awak! saya akan menunggu awak walaupun awak berjalan kearah saya dengan memakai kerusi roda.Saya telah berjanji dengan awakkan "PERSAHABATAN YANG KITA JALINKAN INI SAYA AKAN
MENYAYANGINYA SAMPAI BILA-BILA".

Walaupun sekarang ini saya tidak berpeluang untuk menyayangi awak tapi saya akan menyayangi persahabatan ini.Awak saya betul betul ikhlas berkawan dengan awak.Kalau boleh saya hendak susah senang bersama awak tapi saya rasa ini mustahil,mustahil sangat kerana awak selalu berdiam diri.Awak saya minta maaf kerana menulis semua ini.Saya menulis dari hati kecil saya.Mana tahu awak tidak senang dengan cara saya.Awak saya minta maaf jika persahabatan yang saya dengan awak membuat awak tidak senang,tidak suka dengan cara saya.Saya betul-betul minta maaf!!

Kekadang saya berfikir juga mungkin awak tidak suka pada saya dan mungkin awak rasa saya tidak layak untuk awak.Awak saya akan terima seadanya.Awak TOLONG JAGA DIRI BAIK-BAIK DAN jANGAN MENANGIS LAGI!!!saya akan menunggu panggilan dan berita dari awak,mungkin panggilan dan berita itu cuma khayalan bagi saya tapi saya sedia menunggunya!



AWAK!!SAYA SAYANG DEKAT AWAK,SAYANG SAYA TERHADAP AWAK TIDAK AKAN PERNAH HILANG!!!

Wednesday, July 6, 2011

kisah hati-Alyah

Hidup aku sekarang sunyi.Aku betul-betul sunyi,aku perlu seorang yang teman yang boleh menjaga hinngga ke akhir hidup aku.Tapi aku risau jika hidup aku ini akan menyusahkan pasangan aku itu pulak.


Inilah dinamakan kehidupan,sepanjang kehidupan aku ini.Aku telah belajar berbagai pengalaman iaitu tentang keranah manusia.Dan aku sekarang tengah mencari kehidupan yang belum aku kecapi iatu aku mencari CINTA.Terus terang aku cakap dekat sini aku takut untuk bercinta.Aku tidak kuat untuk bercinta.Bila aku lihat kekawan aku,aku teringin hidup macam diorang.Hidup dengan adanya kasih sayang seorang insan yang lain.

Sebenar saya mencintai sesorang tapi aku rasa sangat mustahil untuk mencintainya.Aku penah ditanya jika aku diberi peluang untuk bercintai adakah aku sanggup menyayanginya sepenuh hati.Bolehkah aku melakukannya?Persoalan ini selalu bermain didalam fikiran aku.Betul juga cakap dia,aku takut juga kalau suatu hari aku akan mengekecewakan dia mahupun orang yang bakal aku kenal.Tidak tahulah sapa yang akan menjadi piilihan aku nanti.

Dan orang yang aku cinta itu pernah cakap dengan dekat aku "Tolong cari seseorang yang boleh membahagiakan awak dan awak tolong lupakan saya."Aku minta maaf aku tidak boleh melupakan dia.Mungkin dia adalah manusia yang aku sayang buat pertama kali dalam hidup aku.Aku tidak melupakan dia buat selama-lamanya.Dia adalah memori terindah dalam hidup aku.Betul cakap orang jika kita dah sayang seseorang itu yang pertama,kita akan susah untuk melupakannya untuk selama-lamanya.

Aku akan mendoakan kamu dari jauh.Mungkin selepas ini kita tidak akan bermsg dan calling lagi tul tak?Mungkin apa yang aku inginkan tidak akan menjadi kenyataan.Tapi aku akan rahsia perhubungan ini sehingga akhirnya,aku harap kamu begitu jugak merahsiakan segalanya.Cinta bukan milik kita.Mungkin kita tidak mungkin bersatu didunia ini.Mungkin kita akan bersatu di alam maya.

Pesan aku kepada kamu"awak perjalanan awak baru bermula.Awak teguhkan hati awak.Mungkin ini baru permulaan untuk awak.Awak kena berani buat keputusan.Awak jangan terlampau takut dengan orang,awak perlu kuat,perlu kuat dari segala-galanya.Saya beruntung kerana dapat mengenali awak.Awak dekat sini hendak beritahu saya sangat mencintai awak tapi mungkin tidak akan menjadi kenyataan".TERIMA KASIH AWAK!!!


hidupku

Dulu aku tidak tahu istilah kehidupan.Aku tidak penah memikir pasal kehidupan yang aku akan lalui sekarang ini.dulu hati aku tidak penah memikir sesiapa pon.mungkin masa itu umur aku baru berusia belasan tahun.Dulu aku tak pandai apa-apa pasal berkawan dan pergaulan.

Macam mana aku hendak mulakan kisah hidup aku ini.Aku adalah Seorang budak kampung yang merantau jauh untuk mencari rezeki ,rezeki untuk menampung keluarga aku yang kurang senang.Pada umur aku 19 tahun selepas aku menyertai sukan malaysia.Aku dapat panggilan untuk menyertai unit berunifrom di Negeri sembilan.Pada masa itu aku hati aku sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki kepada aku.Disitu aku telah berjanji akan membantu keluarga aku walaupun pendapatan aku kecil saja.

Pada setahun selepas aku menyertai unit berunifrom,kehidupan aku telah berubah sedikit demi sedikit.Alhamdulillah rezeki aku semakin hari telah bertambah dengan aku diberi peluang untuk mewakili negara.Disini aku telah belajar banyak perkara yang erti katanya erti sebuah kehidupan,persahabatan dan pergaulan.Pada umur aku masih muda aku tidak penah memikir masa depan sangat.Masa depan yang aku cakap ini adalah aku selalu mehabiskan duit aku entah kemana.Sampai aku tidak melakukan simpanan.Sekarang ini baru aku memikir kenapa dulu aku tidak memikirkan semua ini.

Pada umur aku masuk 23 tahun,aku telah memasuki dunia gelap.Pada mulanya aku cuma mahu kenal dunia itu sahaja tapi aku silap,aku betul-betul melakukan kesilapan yang sangat besar.Disini aku hendak memberitahu,dunia yang aku lalui ini cuma gembira sekejap sahaja.Bila aku mula bergaul,aku rasa seronok sebab aku boleh mengenal apa itu perasaan dan macam mana kerenah manusia.Keranah manusia ini berbagai dan disini aku dapat menilai ada manusia yang berkawan dengan kejujuran dan golongan mausia ini berkawan kerana ini mendapatkan kepuasan dunia semata-mata.Mintak maaf la aku cakap macam ini.Aku cakap dari segi pengalaman aku.

Aku mula berkenalan dengan golongan manusia ini dari kecanggihan dunia IT sekarang ini.Aku telah berdaftaran didalam salah satu laman sosial.Aku bukan hendak menyalahkan sesiapa dalam hal ini.Aku hendak memberitahu pengalaman aku mungkin ini akan menjadi taulan kepada sesiapa saja yang membaca tentang kehidupan aku ini.

Selama setahun lebih aku berada dalam keadaaan yang terlalu hina.Aku telah melakukan kesalahan yang salah dari Hukum Allah.Aku sangat takut.Aku takut adakah dosa aku akan diampunkan oleh Allah S.W.T.Aku telah melakukan kesalahan yang mungkin orang tahu.Mungkin keluarga aku atau sahabat-sahabat aku,aku tidakk tahu nak cakap apa.Mungkin aku akan di hina dan di kutuk untuk seumur hidup aku.Aku lalai,aku leka kehidupan aku ini berpandu nafsu semata-mata.Aku tidak berdaya lagi dari seorang kampung kepada seorang yang lupakan segalanya.Terus terang aku cakap kehidupan aku sekarang berada dalam keadaan yang tidak tenteram dan tidak tenang.fikiran aku sengat bercelaru sangat.

Mungkin di sebabkan ada beberapa perkara yang bermain difikiran aku sekarang ini.aku selalu dikerumuni berbagai masalah yang sangat berat.Dugaan aku semakin hari semakin berat.Tidak tahulah aku dapat menempuhinya atau tidak.Aku macam sudah tidak berdaya lagi.Aku sudah jadi seorang yang sangat lemah.aku bukan hendak berputus asa tapi aku akan cuba ambil dugaan yang aku tempuhi ini sebagai satu cabaran aku untuk berjaya dan tenang.Dari dunia yang biasa aku telah berubah ke dunia yang fantasi.

Aku sekarang memikirkan nasib aku yang seterusnya bolehkah aku hidup dengan keadaan yang sangat tenang.Bolehkan aku berubah dari segala-galanya.Dan bolehkah aku kembali kuat untuk menjalani kehidupan aku seperti biasa.Aku lupa kepada Allah dan Aku selalu lupa tanggungjawab aku sebagai seorang muslim.Orang selalu cakap aku ini cakap sahaja pandai tapi aku seiring perbuatan apa yang aku cakap.Bolehkan dosa aku diampunkan!!!


Ya Allah Ya Tuhanku ampunkanlah dosa-dosa hambaMu ini.Ya Allah kepada Mulah aku memohon agar Engkau tunjukkan aku kejalan keredhaMu dan jalan kebenaranMu.Jangan Kau pesong imanku jauh dari hukumMu ya Allah.Aku memohon Engkau
berikan aku ketenangan dan jalan keluar dari masalah yang aku lalui ini Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.Amin Ya robalalamin!!!




Monday, July 4, 2011

setiap detik

Awak saya rindu senyuman awak!!!Awak saya rindu dan ingin bersama awak seperti biasa!!!Awak saya sayang dekat awak!!!Awak saya selalu fikirkan awak!!!Saya tahu saya hanya bermimpi disiang hari,awak mungkin akan lupa saya.Mungkin akan lupa saya buat selama-lamanya.Saya berharap awak berbahagia disamping yang tersayang.


Terima kasih awak kerana menjadi kawan saya walaupun tidak lama tapi saya amat menhargainya.Saya beruntung mendapat kawan seperti awak.Awak seorang yang cantik,awak selalu mengambil hati saya,awak selalu buat saya gembira walaupun kita dapat berkawan sekejap,saya rasa hidup saya ini tidak ada masalah langsung.Terima kasih banyak-banyak!!!

Setiap hari saya memikirkan awak.Adakah awak sihat?Adakah awak gembira?Hati saya sebenar takut nak menanya khabar awak sebab saya takut,saya menganggu hidup awak.Awak tahu saya selalu memikirkan pasal awak setiap detik saya selalu ingat dekat awak.Tak tahulah kenapa saya selalu ingat dekat awak.Saya dah cuba lupa dekat awak,tapi saya tidak boleh lupakan awak.Mungkin awak adalah pengalaman pertama saya dan mungkin yang terakhir.Tak tahu lah sampai bila saya boleh lupakan awak!!

Awak tahu tak jika awak msg mahupun menjawab panggilan saya,saya rasa seronok sangat.Saya pon tak tahu kenapa?Saya rasa bertuah pada hari itu.(hehehe) poyo plak kan.Tapi saya nak beritahu awak yang jika saya diberi peluang untuk menyayangi awak saya berjanji dengan sedaya upaya saya untuk menyayangi awak dengan sepenuh hati saya.Awak saya akan menunggu awak walaupun saya tahu ia mungkin tidak akan terjadi.Saya berharap awak akan menjadi orang yang sayang (hehehe) Awak jika ada masalah,awak msg ja saya walaupun saya tidaklak sebaik kawan2 awak tapi saya sedia mendengarnya.Awak saya harap awak bahagia sehingga ke akhirnya.

setiap detik engkau yang datang mimpiku
setiap siang malam menggangguku
tak lelap tidurku karena dirimu

setiap waktu engkau yang selalu menghantuiku
tak pernah lari dari pikiranku
tak mau hilang dari ingatanku

tahukah engkau saat gelap datang
aku masih mencarimu
engkau dimana

tapi mengapa saat ku terjaga
kau masih tak di sampingku
sampai kapankah aku menantimu
selalu menantimu

setiap detik aku memikirkanmu
setiap detik rindu meracuniku
setiap detik teringat ku padamu
setiap detik apa terus begini

mohon dengarkan rintihan hati ini
yang ku curahkan seraya ku bernyanyi
sampai kapankah aku terus begini
ku harap kau kan kembali kepadaku

sampai kapankah aku terus begini
ku harap kau kan kembali kepadaku
ku harap kau kan kembali kepadaku
ku harap kau kan kembali kepadaku


Saya akan menunggu awak!!!